Ahad, 24 Mei 2009

Makaroni Goreng






Baru-baru ini di pejabat saya telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran selamat pulang dari mengerjakan ibadah umrah kepada Pengurus Besar kami, anak serta menantunya. Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia saya pula berhasrat menyediakan makanan yang agak berlainan dan sedikit istimewa. Antara yang dicadangkan adalah sandwich telur mayonis, sanwich ayam mayonis, agar-agar santan, karipap, tako, puding roti, apam gula hangus dan makaroni goreng. Bercakap tentang makaroni goreng Nah! pastilah saya yang dicarinya..hihihi...Apalagi saya memang gemar dan rasa amat berbesar hati menyediakannya untuk mereka. Resepi ini merupakan sebuah resepi yang saya warisi dari ibu saya.

Sekiranya anda berminat mau mencuba, di bawah ini saya perturunkan resepinya. Kalau rasa ok...hihihihihi...beritau saya ya!


Bahan-bahannya :

500 gm makaroni
200 gm daging cincang
4 biji sosej ayam di potong bulat
150 gm sayuran campuran (lobak merah, kacang pea & jagung)
50 gm mentega
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketumbar
2 keping cheddar cheese (keju)
80 gm tomato puri
100 gm sos tomato
100 gm rempah briyani
garam dan serbuk perasa
sedikit gula pasir
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji buah keras
1 biji tomato bulat
8 – 10 batang cili merah

Cara Memasaknya :

1.Dalam sebuah periuk panaskan air dicampur sedikit garam dan sedikit minyak masak. Apabila mendidih, masukkan makaroni. Celur sehingga masak. Toskan ia dan ketepikannya.

2.Mayang daun bawang, daun sup dan daun bawang.

3.Panaskan kuali. Masukkan minyak dan mentega. Goreng daging cincang sehingga separuh empuk. Angkat dan ketepikan.

4.Tumis bahan kisar, rempah briyani, tomato puri dan sos tomato. Apabila telah naik baunya, campurkan daging cincang tadi dan sosej. Masukkan keju, sedikit garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Kemudian campurkan sayuran campuran. Ratakan.

5.Sekiranya agak kering tambah sedikit air. Kemudian masukkan makaroni yang telah dicelur tadi berselang dengan daun-daun yang telah dimayang. Gaulkan rata.

6.Apabila telah sebati dan telah masak sempurna, angkat dan bolehlah dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Cooking With Love!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan