Ahad, 10 Mei 2009

Puding Roti





Salam dan Selamat Petang.

Pasti seronok jika kita dapat berkumpul bersama keluarga pada hari minggu atau ketika saat bercuti. Apalagi kalau di waktu petang kita boleh makan petang bersama sambil bersantai bersama mereka.

Ok...di sini saya ingin berkongsi satu resepi untuk minum petang. Puding Roti. Anak-anak saya amat menggemarinya dan saya pula amat senang hati membuatnya. Di sini saya juga ada lampirkan foto-fotonya.

Mau mencuba? Di bawah ini saya perturunkan resepinya.


Puding Roti


Bahan-bahannya:
400gm roti putih
150gm mentega
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
100gm gula pasir
200gm kismis
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila

Bahan untuk kuahnya:
1 tin susu cair
1 tin susu air
150gm gula pasir
1 cawan buah-buahan koktail - dikisar
150 gm kismis
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat puding :
1. Dalam sebuah mangkuk, roti di potong empat.
2. Cara mudah gunakan blender/pengisar - satukan susu cair, telur dan gula. Kisar sehingga halus.
3. Campurkan mentega, air, esen vanila dan pewarna kuning. Kisar lagi.
4. Masukkan adunan kisar ini ke dalam roti tadi. Roti akan terendam.
5. Sapukan sedikit mentega dalam loyang.
6. Sendukkan adunan roti ini sedikit dan taburkan kismis di atasnya. Buatlah berulang kali sehingga selesai.
7. Bakar pada suhu oven 180 selama 40 minit.

Cara menyediakan kuah puding :
1. Panaskan susu cair dalam sebuah periuk sebentar sahaja. Ketepikan.
2. Satukan tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan ke dalam adunan susu tadi.
3. Kacau rata supaya tidak bergentel.
4. Tambahkan air, gula, buah-buahan koktail yang dikisar, esen vanila dan juga kismis.
5. Masak di atas api yang sederhana dan hendaklah sentiasa di kacau sehingga agak pekat sedikit.

Puding ini enak dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais. Hmmm...sedapnya!

Selamat Mencuba.

Cooking With Love

Tiada ulasan:

Catat Ulasan