Isnin, 25 Mei 2009

Puding Peach





Salam dan selamat berjumpa lagi di suterabiru-cake blog. Hari ini saya mau berkongsi satu lagi resepi pencuci mulut. Apalagi dalam cuaca yang panas begini...pasti terasa enak memakannya. Ok..resepi saya untuk kali ini ialah Puding Peach.

Jujurnya saya agak kurang menggemari makanan yang manis tetapi ahli keluarga saya terutama suami dan anak-anak menggemarinya tetapi walaupun saya tidak menyukainya saya rasa gembira mebuatnya. Di bawah ini saya perturunkan resepinya.

Selamat Mencuba!


Puding Peach

Bahan – bahan :

10 gm serbuk agar-agar
4 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
1 tin susu cair
½ cawan gula pasir
1 liter air
1 tin buah peach
(ambil 1/3 sahaja dan 2/3 ketepikan untuk kuah)
1 sudu kecil esen peach
1 sudu kecil pewarna kuning


Bahan untuk kuah :

2/3 tin buah peach
10gm ceri merah
1 tin susu cair
2 tin air
1 cawan gula pasir
1 sudu tepung kastad
2 sudu tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning


Cara membuat puding :

1.Panaskan sebentar susu cair dalam sebuah periuk. Ketepikan.
2.Ambil 1/3 buah peach tadi dan di kisar.
3.Satukan tepung kastad, tepung jagung dan serbuk agar-agar dalam periuk susu tadi.
4.Tambahkan air. Kacau rata. Tambahkan gula pasir, peach kisar, esen peach dan pewarna kuning.
5.Masak dan kacau menggunakan api yang sederhana sehingga adunan agak pekat.
6.Masukkan ke dalam loyang. Jika suka anda boleh taburkan sedikit peach yang di potong – potong. Sejukkan.

Cara membuat kuah puding :

1.Baki 2/3 buah peach diambil setengah dan di kisar. Ceri di potong kasar.
2.Panaskan sebentar susu cair. Tambahkan 2 tin air. Ketepikan.
3.Satukan tepung kastad dan tepung jagung ke dalam susu tadi.
4.Kacau supaya tidak bergentel. Masukkan peach di kisar, baki peach yang tidak dikisar, ceri yang dipotong, esen vanila, pewarna kuning dan juga gula pasir.
5.Masak menggunakan api yang sederhana sehingga kuahnya sedikit pekat.
6.Sejukkan kuahnya.

Saya harap anda semua akan mencuba resepi ini.

Cooking With Love!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan