Ahad, 10 Mei 2009

Tart Nanas






Assalamualaikum WMB dan salam sejahtera buat semua.


Saya amat meminati memasak terutamanya membuat biskut, kek atau kuih muih. Ada sejenis kuih yang telah menjadi sinonim dengan saya sejak saya berusia 8 tahun - mula diperkenalkan oleh ibu saya untuk membantunya ketika membuat kuih raya. Kuih kegermaran keluarga kami - Tart Nanas! Tapi dahulu ibu mewarnakan jam nanas dengan pewarna merah. Uniknya tart nanas ibu dia tidak menggunakan pencetak kuih tetapi disepit. Sewaktu itu ibu membakar kuih raya menggunakan dapur minyak tanah. Mempunyai sebuah keluarga yang besar dengan adik beradik yang ramai - 11 orang semuanya, pastilah saat membuat kuih dalam kuantiti yang banyak juga. Walaupun cuma 4 atau 5 jenis sahaja. Oleh kerana saya merupakan kakak sulung, makanya tugas menolong ibu di dapur telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya memang seronok menolong ibu memasak atau membuat kuih. Hihihihi...boleh curi makan sekali.

Ibu juga ada mengambil tempahan kuih raya dan pastilah saya menjadi penolong kanannya. Seronoknya. Kuih tart nanas ibu memang 'perfect'! dan sedap. Nah! pastilah saya katakan begitu kerana masakan yang terenak sekali adalah masakan ibu kita. Setiap tahun saat menerima tempahan kuih tart saya akan menolong ibu dengan senang hati. Pada usia saya 19 tahun, ibu secara rasminya 'menyerahkan perniagaan' kuih tartnya kepada saya. Bermulalah episod saya menerima dan mengambil tempahan directly atau secara langsung kepada saya. Apalagi kalau menjelang musim perayaan, kadang-kadang tidak menang tangan melayan tempahan kuih tart nanas. Cuma kuih tart saya bezanya jam tidak diwarnakan merah. Saya lebih suka warna yang asli.

Mau lihat kuih tart nanas warisan ibu saya? Di sini saya akan uploadkan fotonya. Mungkin benar kata ibu, "kalau kita memasak, mesti dengan perasaan kasih sayang, ikhlas dan gembira. Makanya nanti makanan yang dimasak akan terasa enak dan sedap."


Ok..cubalah lihat foto tart nanas yang saya lampirkan. Terima kasih.

Cooking with love.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan